Resep Mak Kami : Kueh Angin
9. Kueh Angin
( Kueh Borneo )
Persediaannya :
Tepung pulut secupak
Kelapa sebutir
Gula pasir secukupnya
Garam halus sedikit
Peraturannya :
Kelapa dibuang kulit arinya kemudian diparut, dicampurkan dengan tepung serta dibubuhi sedikit garam halus, gaulkan semuanya, panaskan acuan kecil-kecil. Kemudian ambil tepung itu sedikit, bubuhkan ke dalam acuan itu, jangan penuh, cuma separuh sahaja, dibuat gula pasir di tengah-tengahnya. Kemudian bubuhi lagi tepung itu di atasnya, bakar atas bawah sampai warnanya menjadi kuning muda.
Sumber :
Hidangan Melayu. Siti Rodhiyah binti Muhammad Saleh. 1949
Komentar
Posting Komentar