Resep Mak Kami : Keripik Sagu
10. Keripik Sagu
( Kueh Brunai )
setengah gantang sagu rumbia yang telah kering
sebutir kelapa yang tua
gula enau mengikut manis selera masing-masing
Peraturannya :
Mula-mula sagu itu direndang sampai kering. Kelapa diparut kemudian digoreng pula sampai warnanya kuning, kemudian dicampurkan dengan tepung tadi serta gula. Ambil sedikit sagu, tuang sama air yang mendidih sebagaimana kita membuat kanji, tetapi jangan cair, campurkan kepada tepung yang telah bercampur semuanya. Huli sampai mesra, kemudian digiling tipis di atas papan yang telah disiram dengan tepung. Sudah itu, dicetak dengan acuan bulat. Kemudian dibakar dengan memakai bara di sebelah bawah sahaja. Apabila sudah kuning warnanya, dibalikkan pula. Begitulah seterusnya.
Keterangan :
gantang =.satuan ukuran isi dengan takaran 3,125 kg ( Kamus Besar Bahasa Indonesia; 333 )
rumbia = metroxylon sagus, tumbuhan yang hidup di rawa-rawa ( ibid; 968 )
huli = uli; meremas-eremas dengan tangan supaya lembut ( ibid; 1241 )
mesra = benar-benar padu ( ibid; 739 )
Sumber :
Hidangan Melayu. Siti Rodhiyah binti Muhammad Saleh. 1949
Hidangan Melayu. Siti Rodhiyah binti Muhammad Saleh. 1949
Komentar
Posting Komentar