# Mengajar tanpa menggurui # Memberi nasehat tanpa merasa lebih hebat #

Sabtu, 01 Desember 2012

7 Tipu Daya Setan



Sesungguhnya syaitan hadir di sisi seseorang kalian pada setiap sesuatu yang kalian lakukan (Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 2033-4 (Kitab al-Asyrabah, Bab disukai menjilat jari…).

Maka permusuhan syaitan ditujukan kepada kita dalam semua suasana dan perbuatan seperti tidur, mandi, makan, perbualan, pemandangan, pendengaran, pekerjaan, gerak hati, pemikiran, wudhu’, solat, puasa, haji dan pelbagai lagi. Bahkan ketika saya sedang menulis buku ini dan ketika anda sedang membaca buku ini, syaitan ada bersama untuk mengganggu tumpuan atau menabur keraguan.

Tidak sekadar itu, permusuhan syaitan kepada kita berlaku dalam bentuk yang berbeza-beza, antaranya:
1. Bagi orang yang rajin beribadah, syaitan menipunya dengan suruhan beribadah sahaja sehingga dia melalaikan tugas di pejabat.

2. Bagi orang yang rajin di pejabat, syaitan menipunya dengan suruhan kerja sahaja sehingga dia melalaikan agamanya.

Bentuk pertama dan kedua ini amat ketara berlaku pada masa kini sehingga sukar hendak ditemui seorang yang profesional dari sudut kerjaya dan agama.

3. Bagi orang yang berpendidikan tinggi, syaitan menakut-nakutkan mereka agar tidak mendalami ilmu-ilmu agama. Ini juga amat lazim berlaku sekarang ini dimana ramai umat Islam yang telah mencapai tahap pendidikan yang amat tinggi, tetapi dalam bab agama ilmu mereka masih sekadar apa yang dipelajari di bangku sekolah. Dalam kerjaya, mereka berpegang teguh kepada disiplin dalil dan hujah (proof and argument) akan tetapi disiplin yang sama tidak mereka terapkan dalam agama.

4. Bagi orang yang berpendidikan rendah, syaitan membangkitkan teori-teori kosong kepada mereka agar kelihatan bijak. Maka lahirlah dari mereka pelbagai “petua ini dan amalan itu” yang tidak berasal dari Allah dan Rasul-Nya, tetapi berasal dari syaitan dan kuncu-kuncunya. Semua petua dan amalan tersebut diikuti secara membuta oleh orang-orang yang berpendidikan tinggi kerana syaitan telah menakutkan mereka daripada mengkaji dalil dan
mencari hujah.

5. Bagi orang yang memiliki semangat tinggi memperjuangkan Islam, syaitan memberi janji kosong kepada mereka bahawa dengan melakukan sekian-sekian cara dan manhaj, perjuangan mereka akan memperoleh kejayaan. Padahal sama-sama diketahui bahawa tidak ada kejayaan dalam perjuangan melainkan dengan mengikuti cara dan manhaj Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

6. Bagi orang yang memiliki pemikiran yang cemerlang, syaitan menghiasi mereka dengan teori-teori yang canggih. Orang-orang seperti ini banyak kita temui sekarang ini dimana mereka bercakap dengan nada Islam tetapi dengan isi kandungan yang menafikan ketuhanan (ateis), kemusyrikan dan kekufuran.

7. Bagi orang yang memiliki pemikiran yang sederhana, syaitan menakut-nakutkan mereka agar tidak berganjak dari pandangan agama yang dipegang sejak turun temurun. Maka sumber agama berubah dari al-Qur’an dan al-Sunnah kepada yang lazim dan tradisi. Apabila ditegur atau dipaparkan sesuatu yang baru, mereka menolak dengan alasan-alasan yang tidak ilmiah.

Demikian sekadar tujuh bentuk permusuhan yang dilakukan oleh syaitan kepada kita. Bentuk-bentuk permusuhan syaitan sukar untuk dihitung. 


Sumber : www.rajaebookgratis.com

Judul:
7 Tipu Daya Syaitan Ke Atas Umat Islam
Penulis:
Hafiz Firdaus bin Abdullah
hafizfirdaus2@yahoo.com.my
SMS: 019-384 8467
© Hafiz Firdaus Abdullah.
Dianjurkan membuat salinan untuk tujuan pengajian ilmu. Tidak dibenarkan
mengulang cetak atau menyalin dengan apa cara jua untuk tujuan komersil tanpa
keizinan bertulis daripada penulis.
Cetakan Pertama: 2007
Penerbit:
Perniagaan Jahabersa
15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim,
Malaysia.
Tel: 07-235 1602, 235 1605.
Fax: 07-235 1603
http://www.jahabersa.com.my
jahabers@tm.net.my
jahabers@starhub.net.sg
Pencetak:
Bin Halabi Press
12/21 Mo.1 Talubo Moung Pattani, Thailand 94000
Tel: 66-73-310296, 310339
Fax: 66-73-334863
www.rajaebookgratis.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar